June 25, 2014

Rehlah Mahasiswi Baru 2013

Pada 21 Jun 2013 , Unit Perhubungan Sambutan dan Rehlah telah mengadakan rehlah akhawat gabungan muzakarah berkelompok Tahun 1. Seramai 26 orang telah menyertai rehlah tersebut bersama 4 orang musyrif.Antara tempat-tempat yang dilawati adalah maqam-maqam di sekitar Kaherah dan Qol'ah Salahuddin Al-Ayyubi. Mereka bertolak ke destinasi sekitar pukul 8.45 pagi dan bertolak pulang ke kediaman pada pukul 3.30 petang.

Rehlah ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan tentang sejarah-sejarah para aulia' terdahulu dan mengambil ibrah daripada kisah hidup mereka. Selain itu, untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Saban tahun program menziarahi maqam ini diadakan.Hal ini kerana untuk memberi pengenalan kepada setiap mahasiswa/wi baru di Bumi Anbiya' ini. Program ini juga mendapat sambutan yang baik dan memuaskan.

Semoga dengan adanya program-program seperti ini dapat menambahkan lagi kesatuan dalam kalangan ahli dan pimpinan BKMIP itu sendiri .InsyaAllah


"Belajar dan Beramal"


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"