June 25, 2014

CORETAN PIMPINAN SESI 2013/2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur ke hadrat Ilahi kerna kita masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah dan tazkiah kepada pimpinan baru BKMIP sesi 13/14 ini. Di kesempatan ini marilah kita membaca kalam taujihat dari pimpinan sesi baru ini.


" Kadang-kadang Allah datangkan orang untuk menegur kita, kadang Allah datangkan ujian untuk menguatkan kita, kadang-kadang Allah datangkan tanggungjawab untuk dipikul,supaya mengingatiNya dan berusaha untuk mencapai keredhaanNya."
"Don't ever expect everyone to understand your journey especially if they have never had to walk your path."
( Ily Taqiyah bt Mohd Basri - Unit Dakwah)

"Disebalik nikmat ada bala dan disebalik bala ada nikmat. Oleh itu apabila ditimpa bala , usah resah kerana disebaliknya mengandungi suatu nikmat, dan jika dilanda nikmat usah lupa dan leka kerana dari sini berpunca bala."
"لا يوجد فرق بين لون الملح ولون السكر فكلاهما اللون ولكنك ستعرف الفرق بعد التجربة كذلك هم البشر"
(Fatin Nor Fatihah bt Roslan - Unit Perumahan dan Kebajikan)

"Selaku mahasiswa/wi Islam yang mengaku memperjuangkan Islam harus mengetahui bahawa tuntutan menuntut ilmu adalah wajib bagi kita.Kita harus sedar bahawa dalm menuntut ilmu kita harus agresif responsif dan proaktif kerana menuntut ilmu adalah jihad yang utama bagi kita."
( Fathin Nadhirah bt Saadon - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan)

 " "Knowledge is Power"
Ilmu adalah kekuatan tetapi ianya tidak dapat berdiri dengan sendiri melainkan dengan kekuatan iman dan amal soleh bersamanya.."
(Nor Atiqah bt Hasnol - Unit Perhubungan , Sambutan dan Rehlah)

Hidup telah ditetapkan Sang Pencipta,
Tapi usahlah pasrah semata,
Bumi Anbiya' menjadi saksi utama,
 dalam penggalian mencari ilmu segala.
Gunalah masa yang ada sebaiknya,
Belajarlah kerna agama dan kernaNya,
 pasti semangatmu maksima,
 kelak hidupmu pasti bermakna.
Kembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu kala,
Muslim gah dek kerana ilmu,kredibiliti dan akhlaknya,
menjadi Qudwah hasanah buat ummah semua.
( Khairun Nisya bt Shaharom- Unit Pengetahuan dan Pendidikan)

" Jika kau penuh kasih sayang ,orang-orang akan menuduh bahawa ada niat-niat tersembunyi padamu.Tapi tetaplah penuh kasih sayang. Jika kau baik, orang -orang akan menipumu.tapi tetaplah baik.Ketika kebaikanmu dilupakan orang,tetaplah berbuat kebajikan. Berikanlah yang terbaik pada dunia ini meskipun itu tidak cukup.Pada akhirnya akan kau lihat.Semuanya adalah tentang kau dan Tuhanmu,bukan antara kau orang-orang"
Barangsiapa yang berjalan diatas jalur yang benar PASTI SAMPAI TUJUAN.
(Nur Ateyya Nuha bt Azri - Unit ekonomi)