December 26, 2010

KALAM TAUJIHAT IMTIHAN NAIB PENGERUSI HEWI BKMIP SESI 2010/2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga,dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat.

Selawat kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya ana diberi ruang dan kesempatan untuk mencoret kalam sempena imtihan yang semakin hampir dengan kita.Setiap orang akan menghadapi saat kematian dan sudah semestinya kita perlu kepada persedian untuk menghadapinya saat itu.Begitu juga imtihan yang semakin hampir perlu kepada persedian untuk kita menempuhnya…bagaimana persedian kita?????.Jangan takut dan gentar masih ada waktu untuk kita membuat persedian selagi mana imtihan belum menjelma dan kesungguhan yang berlipat kali ganda.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah,

Sindrom masa imtihan ialah cuba untuk “SIFAR MAKSIAT” alhamdulilah dan sangat bagus apabila kita berusaha untuk mengurangkan segala yang tidak syarie tetapi yang menjadi kepelikan ana ialah mengapa waktu imtihan semakin menjelang dan fatrah imtihan sahaja iman kita yazidddd dan selepas imtihan ke mana kita???tepuk dada tanyalah iman kita???.Cuba kita renung-renungkan.

Dalam fatrah semakin hampir dengan imtihan pelbagai perasaan datang terutamanya mereka yang pernah mengalami kegagalan.Ana optimis mereka akan merasa futur dan sindrom putus asa ini biasa berlaku terutama dalam fatrah sekarang.Sabarlah wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi,semuanya pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui dan janji Allah itu pasti.Kita seharusnya senantisa berfikiran positif dan mengunakan medium kegagalan kita sebagai batu loncatan kita untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Ujian kegagalan adalah tarbiyah untuk diri kita semua untuk lebih tabah dan sabar untuk menghadapinya.

Kempen “SKOR MUMTAZ” adalah rentetan dari kempen “SIFAR ROSIB”.Ayuh sahabat-sahabat sekalian untuk kita merealisasikan kempen ini.Kejayaan kita sekarang adalah untuk masa depan ISLAM akan datang.Sama-samalah kita memohon kepada Ilahi agar kejayaan milik kita semua yang menuntut ilmu Allah di bumi MESIR ini khususnya anak-anak Pahang di sini.

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

Orang yang berjaya, Ialah orang yang berbaik sangka dengan usahanya,

Dan menjangkakan akan berjaya,Apa yang disangka dan dijangkakan itulah doa dalam senyap.

(Kalam Razzi Ar-Mansur)


SAMSIAH BT. MOHD SALLEH,
NAIB PENGERUSI HEWI BKMIP 10/11

Kursus membuat kek,menambat hati akhawat..



Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilah, kali ini HEWI BKMIP bagi sesi 2010/2011 telah menjayakan program kelas membuat kek, anjuran Unit Keseniaan Kebudayaan Seni & Sukan (UKKS) 10/11. Seramai 24 orang pelajar perempuan telah menyertai kelas tersebut. Pelbagai jenis kek telah dibuat antaranya kek span, kek marble dan swiss roll. Berbekalkan dengan tenaga pangajar yang berbakat dan berpengalaman dalam pembuatan kek ini iaitu Pn. Halina Bt Hasib. Program ini berjalan dengan lancar sehingga ke petang.

Sungguhpun program ini telah melabuhkan tirai, namun harapan agar kelas seperti ini dapat diadakan lagi bagi mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesame ahli. Wallahu’alam


Disediakan oleh:UKKS


December 14, 2010

Jaulah maqam sekitar kaherah

Pada 3/12/10 UPSR HEWI BKMIP telah mengadakan jaulah maqam kali pertama bagi sesi 2010/2011.Jaulah ini telah disertai oleh 32 orang peserta.Jaulah maqan ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan lagi hati ahli HEWI BKMIP dengan para auliya’.Jaulah ini juga bertujuan untuk memupuk semngat ahli dalam mencontohi para auliya’ini baik dari segi menuntut ilmu mahupun ibadah kepada Allah subhanah wa taala.Selain itu,jaulah ini juga diadakan untuk mengenalkan pelajar baru BKMIP dengan para auliya’ Allah di rdul kinanah ini.

Jaulah dimulakan dengan menziarahi maqam Saidatina Zainab.Setelah itu,para peserta di bawa menziarahi maqam Saidatina Nafisah dan maqam para ahli bait disekitarnya.Peserta juga turut berpeluang menunaikan solat jumaat di masjid Saidatina Nafisah.selain itu,peserta juga berpeluang menzirahi maqam Sultan Hanafi yang terkenal dengan karamah air perigi yang rasanya sama dengan air zamzam.Peserta juga berpeluang merasai kesejukan air tersebut.Rata rata peserta menyatakan rasa air tersebut memang menyamai air zamzam.Subhanallah sungguh hebat kekuasaan Allah.

perigi sultan hanafi

masjid imam syafie

masjid saidatina nafisah

Setelah itu,peserta dibawa menuju ke maqam imam syafie.Namun disebabakan kesesakan lalu lintas di kawasan masjid imam syafie,coaster bertukar arah ke Jabal Muqattam terlebih dahulu.di sana peserta menunaikan solat asar dan melawat maqam para auliya’di kawasan barakah ini.antara maqam yang dilawati adalah maqam Wali Soghir,Ibn Atillah As-Sakandari,dan banyak lagi maqam para auliya’ lain.Setelah itu,coaster berpatah balik menuju ke masjidIimam Syafie.Alhamdulillah,walaupun terpaksa berjalan kaki sedikit, peserta dapat juga melawat maqam imam hebat ini.setlah itu,peserta dibawa menziarahi maqam wali sekitar masjid Imam Syafie.

Alhamullilah,walaupun terdapat sedikit kesulitan sepanjang jaulah ini,jaulah tetap berjalan dengan lancar. Namun 80 peratus maqam sahaja yang boleh diziarahi,kerana kekangan masa dan terdapat maqam yang berada di dalam kawasan pembinaan.Sungguhpun begitu,peserta tetap berpuas hati.Semoga kita semua mendapat mafsadah dan keberkatan daripada jaulah maqam ini.insyaAllah,selepas ini UPSR akan mengadakan jaulah maqam sesi ke-2 dan jaulah ke tempat yang menarik .Semoga Allah merahmati kita semua.

November 6, 2010

العقل السليم فى الجسم السليم

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah, tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Dalam slot kali ini, pembaca akan diceriakan dengan aneka ragam ahli HEWI BKMIP dalam program yang penuh dengan manfaat dan riang ria.
Tanggal 1 Oktober 2010, sukan mahabbah satu program yang di anjurkan oleh Unit Keseniaan Kebudayaan dan Sukan(UKKS) HEWI BKMIP dan ADHOC USMB bertempat di Hadiqah Athfal Hayyu Tamin. Pada jam 9.00 pagi tirai program dibuka dengan aktivit senam aerobik bersama AJKT HEWI dan ahli dengan penuh ceria.
Walaupun panas mula terasa, program diteruskan dengan permainan “ musang dan kambing” dan “ sayangi saya”. Seluruh ahli bermain dengan bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengalah untuk menjuarai permainan.
Setelah penat bermain, ahli tetap memberi perhatian yang penuh dalam permainan berikutnya iaitu penyampaian modul dalam kumpulan oleh akak-akak fasilitator USMB yang turut serta dalam sukan tersebut. Tirai program dilabuhkan dengan jamuan ringan. Semoga ukhwah yang terjalin semakin utuh dan kami menghrapkan semoga kerjasama yang diberikan ahli pada program tersebut berterusan pada program-program yang akan dating, insyaALLAH.


ukks hewi 10 / 11

November 3, 2010

Ucapan Naib Pengerusi Hewi BKMIP 2010 / 2011




Selawat dan salam…

Alhamdulilah,segala pujian bagi ALLAH rabbul ‘alamin, selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w kesejahteraan dan kemuliaan bagi para syuhada’, mujahidah dan amilin yang sentiasa berjuang bagi menegakkan dan meninggikan kalimah islam.

"و من أحسن قولا ممن دعا الى الله وعمل صا لحا وقال اننى من المسلمين "

Maksudnya : Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata “ sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”

Surah Fussilat : 33)

Barangkali semua kita telah mengetahui akan hakikat ini betapa menyeru kepada kebaikan atau amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya disisi Allah S.W.T walaupun hanya dengan sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan terhadap Allah, sama ada melalui lidah mahupun pena, ia pasti akan menjadi sebahagian daripada amal soleh kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Dikesempatan ini, ana mewkili saf pimpinan hewi BKMIP sesi 2010/2011 menyeru kepada sahabat ikhwah mahupun akhawat supaya bersama-sama kami untuk menjayakan kempen sifar maksiat. Ia adalah untuk melahirkan generasi Azhari dan Azhariah yang berperibadi mulia. Dalam kita mengejar hadaf di bumi Mesir ini untuk menuntut ilmu, kita juga tidak terlepas dalam berperanan untuk menyebarkan dakwah dan tanggungjawab ini tidak hanya tergalas kepada pihak pimpinan semata-mata.

Disini ana menyeru kepada sahabat ikhwah dan akhawat untuk menjalankan tanggungjawab ini bersama-sama sebagai mana yang kita sedia maklum Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

من راى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان

(رواه مسلم)

Kesinambungan dengan hadis tersebut, kami barisan HEWI pada kali ini ingin memperkasakan BIAH SOLEHAH di semua lapisan peringkat. Ingatlah sahabat-sahabat betapa hidup ini adalah satu amanah, amanah itu adalah untuk memperjuangkan Islam agar ia “hidup” dalam segenap aspek kehidupan. Justeru, jadikanlah BKMIP dan HEWI BKMIP ini sebagai wadah perjuangan Islam sebelum kita terjun ke medan yang sebenar. InsyAllah semoga Allah menerima segala amal kebajikan kita semua dan ia merupakan refleksi komitmen kita bersama dalam menjayakan kempen SIFAR MAKSIAT insyaAllah.

August 10, 2010

DATANG KEMBALI...

AHLAN BIKA YA RAMADHAN!

Salam perjuangan kepada semua...

Ahlan Ya Ramadhan Kareem..

Semoga dengan kedatangan bulan keberkatan ini dapat memberikan peluang kepada semua umat islam melipatgandakan amalan serta ibadat sempena Ramadhan ini kerana Ramadhan adalah bulan umat, bulan kita dan sebaiknya kitalah yang mewarnai nya sendiri..Sejauh mana kita mewarnainya dan bagaimana buku amalan kita?
sama-sama kita memuraqabahkan diri kepadaNYA sempena bulan umat ini, kerana disana terdapat beribu ganjaran dan kebaikannya yang tidak ada dalam bulan lain..

HIKMAH RAMADHAN

Ibadah Puasa yang diperintahkan kepada setiap orang mukmin untuk melakukannya itu ada mempunyai beberapa hikmah,antara lain ialah:

-Tanda terima kasih (syukur)kepada Allah,kerana semua ibadah mengandungi erti terima kasih kepada Allah atas nikmatNya yang tiada terkira banyaknya dan tiada ternilai harganya.

-Didikan kepercayaan
Seseorang yang telah sanggup menahan makan dan minum dari harta yang halal kepunyaannya sendiri,kerana ingat akan perintah Allah,sudah tentu orang itu tidak akan meninggalkan perintah Allah,dan tidak pula akan berani melanggar segala larangan-Nya.

-Mendidik perasaan belas kasihan terhadap fakir miskin.

-Untuk menjaga kesihatan badan terutamanya perut.

FADHILAT RAMADHAN

Terdapat pelbagai fadilat yang kita temui di dalam bulan yang mulia ini.Seperti mana disebut di dalam hadis:
“Apabila telah tibanya Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”-(Muttafaq Alaih)-

“Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan)penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”-(Muttafaq Alaih)-

Dari Abu Zarr,Rasullullah SAW bersabda:”Senantiasa umatku dalam kebaikan selama mereka menta’khirkan sahur dan menyegerakan berbuka.”-(H.R.Ahmad)

Salam mahabbah dan salam mujahadah pada kalian dalam menjalani madrasah ramadhan yang menguji kalian ditambah dengan musim syita' yang menuntun beribu kesabaran dan ketabahan dari kalian.Semoga kedatangan Ramadhan pada kali dapat menambahkan lagi amalan ibadah kita dalam pengabdian kepada ALLAH SWT..

ZIARAH MUTAZAWWIJIN....








ISNIN 9 0G0S 2010- TAHNIAH kepada pasangan ustaz Mat Fikri b.Mat sufi dan ustazah Norsakinah yang telah dianugerahi cahaya mata lelaki, diberi nama Abdullah Umar yang selamat dilahirkan pada 1 ogos 2010. Wakil hewi BKMIP terdiri daripada raisah dan ustazah Norsabariah Abd Samad selaku pemangku unit perumahan dan kebajikan(upk) telah menziarahi kediaman pasangan tersebut untuk menyampaikan ucapan tahniah diatas kelahiran putera sulung mereka.Bayi tersebut dilahirkan secara normal,dengan timbangan 2.3 kilo.Susulan ziarah tersebut kami memohon maaf diatas kesuntukkan masa untuk menjaga dan menguruskan ustazah Norsakinah.Walau bagaimanapun kami kagum dengan sikap ustaz Mat Fikri yang dilihat tidak kekok berdepan dengan tugas baru sebagai ayah.

JAULAH MAQAM

AHAD 8 OGOS 2010- Hewi BKMIP telah menganjurkan jaulah ke Maqam Auliya’ sekitar Kaherah. Jaulah tersebut telah dianjurkan oleh Unit Perhubungan Sambutan & Rehlah (UPSR) dengan kerjasama Unit Dakwah (UD), bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.Seramai 21 orang pelajar akhawat beserta 4 orang mushrif yang menjayakan jaulah tersebut.Hampir 40 maqam yang telah kami lawati, antaranya ialah maqam imam syafie, sayyidah nafisah, sayyidah ruqaiyah, syeikh soleh ja’fari, syeikh syarbini, imam a’thoillah al-askandari, sayyid rifa’ie, Rabiatul adawiyah dan banyak lagi.Semoga semua mendapat istifadah daripada jaulah tersebut.

June 4, 2010

KALAM TAUJIHAD SEMPENA IMTIHAN..

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Setinggi kesyukuran yang selayak dipanjatkan, dengan kasih sayang dan rahmatNYA kita masih diberi kekuatan untuk menunaikan kewajipan sebagai ‘khalifah’ yang diamanahkan.Walapun jika dihisab,kita bukanlah yang sesuai di berikan tanggungjawab tersebut rentetan melihat akhlak dan sikap kita. Selawat dan salam kepada kekasih yang terulung, pemula risalah islam, malah role model yang terbaik Rasulullah s.w.t. Para tabi’ tabiin serta seluruh hamba kepada sang pencipta di dunia ini.

Salam imtihan,salam ukhuwah dan salam mujahadah ditujukan kepada kalian semua.Rasanya belum terlambat saya mencoretkan sesuatu untuk dijadikan santapan mata seterusnya sedikit bekalan motivasi sempena fatrah imtihan kali ini.walhal jika melihat kepada siapa yang menyampaikan maka kalian seharusnya tidak akan menerimanya.Oleh itu saya suka menggunakan sifir ini ‘Lihatlah apa yang disampaikan jangan melihat siapa yang menyampaikan’.nampak macam mudahkan sifir ini tetapi tidak semudah yang menuturkannya jika nak dibanding dengan yang mendengarnya malah yang akan menerimanya.


Mujahadah AHLI SUFI yang tidak mengenal musim..

Suka saya mengingatkan diri saya dan sahabat/h bahawa tanggungjawab khalifah yang diciptakan olehNYA adalah dengan tujuan beribadat dan berbuat amalan kebaikan.Tetapi DIA berikan kita akal dan nafsu yang sering berlumba-lumba untuk memenangi diri insan dalam sesuatu tindakan.Itulah yang dinamakan mehnah kita dalam mengaplikasikan akal setanding nafsu untuk mendekatkan diri seterusnya menjayakan misi kita sebagai khalifah.

Kiasan yang saya ingin bawa adalah di fatrah sekarang iaitu fatrah ahli sufi (saya namakan), ini kerana di musim imtihan kebanyakan kita seperti ahli sufi lagaknya. Mengapa saya katakan sedemikian? Apa kaitan kita dgn ahli sufi? Ya barangkali ada yang sudah mendapatkan jawapannya..Fatrah imtihan ini kita berlumba-lumba berjaga malam, menjaga tingkah laku, menjaga lidah dan sebagainya. Bukankah itu sifat mahmudah yang dianjurkan islam? Mengapa dipersalahkan kami yang ingin berubah…semuanya adalah kerana sikap istiqamah kita yang tidak istimrar.

Kita koreksi dan muhasabah diri mengapa amalan kebaikan itu tidak diamalkan selalu..bukan sekadar di musim imtihan bahkan kita lazimi selamanya.Saya beranggapan kalian sudah memahami main point yang ingin disampaikan walaupun mungkin disana ada yang mengatakan saya suu zon pada kalian semua.. Wanau’zubillah.


Ukhuwwah persis melukut di tepi gantang…

Ini juga satu perkara besar yang kita remehkan.Malah ada yang memandangnya enteng.Alahai ukhuwah tidak perlu diperingatkan kami tahulah macam mana nak handle?Begitulah sebahagian jawapan kita walhal kita tidak sedar sudah mula wujud symptom bermasam muka, buat hal sendiri, sifat keakuan dan sebagainya.Symptom ini bukan hanya dikalangan akhawat sahaja yang patut mengatasinya malah ikhwah juga berperanan menanganinya dari terus memberi impak yang lebih besar dimasa akan datang.

Keyakinan seiring KHAUF dan RAJA’…

Imtihan kali ini, saya berpandangan kalian sudah bersedia menghadapinya.Ini kerana rata-ratanya cukup menggambarkan ketakutan dan kerungsingan yang melanda diri bila memikiran hari yang mendebarkan main dekat bertandang.Perkara ini adalah adat dan uruf yang biasa berlaku pada semua pelajar samada di mesir mahupun di seluruh benua apabila berhadapan dengan imtihan perasaan bercampur baur antara suka, takut, sedih , rungsing, gementar dll akan datang bersilih ganti. Ini menunjukkan kalian yang mengalaminya adalah normal.

Tuntasnya, saya khuatirkan kalian meletakkan keyakinan bukan pada tempatnya. Bagaimana boleh saya katakan sedemikian, walhal kita sepatutnya perlu yakin dengan usaha yang ditunjukkan. Keyakinan yang saya maksudkan ialah ter’over’ confident sehingga timbul perasaan riak dan ujub dalam diri kita. Sepatutnya kita meletakkan keyakinan kita selepas berusaha seiring dengan Khauf dan Raja’ kepadaNYA. Saya harap kalian sudah memahami motif yang ingin disampaikan.


Optimis dengan Doa

Saya selitkan sedikit rentetan isu baru ni, rasanya kalian sudah masak benar den gan isu konvoi dan yahudi…saya tidak berniat memanjangkan ulasan berkaitan dengan isu ini, sudah cukup terang lagi bersuluh jika kita sudah mengetahuinya dengan membuka dan membaca blog2 yang berkaitan dengannya.Cuma apa yang wajar kita lakukan ialah berter usan berdoa supaya segalanya dipermudahkan Allah.

Ujian ini hanya diutuskan kepada mereka yang benar-benar mampu menghadapinya. Sebagai saudara sesama islam kita wajib berdoa untuk kesejahteraan saudara kita malah agama islam itu sendiri.Jadikan doa sebagai senjata dan peluru untuk dihujum kepada musuh di sekelliling kita.

Sama-sama kita optimis dengan doa yang dipanjatkan, mudah-mudahan DIA kabulkan segala permintaan hambaNYA. Selain doa saya serahkan pada kalian apa tindakan yang mampu kalian lakukan untuk melahirkan dan membuktikan sensitiviti kalian kepada umat satu yang satu akidah.


Ilmu penyuluh hidup…

Point last saya ialah ilmu yang kita pelajari dan yang dihadami disini adalah bekalan kepada hidup akan datang.Tanpa ilmu hidup tidak memberi makna apa-apa. Kerana ilmu yang tersemat di jiwa kita apabila di praktikkan maka akan bercambah menjadi benih yang berguna pada agama, bangsa dan daulah kita. Nasihat saya pada diri sendiri dan sahabat semua sama-sama kita mencari ilmu untuk di praktikkan dalam diri, serta disampaikan pada masyarakat kelak. Banyak pepatah yang kita sering dengar berkait dengan ilmu sehingga ilmu diletakkan label tertinggi dalam diri kita seterusnya dengan ilmu juga menampilkan jati diri seseorang itu.

Secara konklusinya kita jadikan medan imtihan sebagai medan praktikal dan ujian untuk kita terjemahkan ilmu kita seterusnya menilai setinggi mana ilmu dan kemampuan kita dalam mendalaminya. Doa dan harapan saya moga kita dapat bermuhasabah dan bermujahadah di fatrah imtihan ini dan jadikan natijah mujahadah kita sebagai agen penerus untuk melayakkan diri kita mencapai tahap istiqamah yang sentiasa meniti dibibir kita. Insya Allah dengan segala usaha yang didambakan akan ada nusrah dariNYA dalam menganugerahkan kita kejayaan yang diimpikan.

AMEEN YA RABB..Teruskan usaha hingga ke hujung nyawa. Jadilah seperti org biasa yang berusaha secara luar biasa..

Sekian dari saya..


Al-faqirah ilallahi Taala,

TUAN SITI NAZIFAH TUAN LONG

Raisah hewi BKMIP

(PMRAM CAWANGAN PAHANG)

Sesi 2009/2010.

May 30, 2010

PEKELILING KESELAMATAN UNTUK AKHAWAT


Asslamualaikum W.B.T...Salam 'iffah...

Bersyukur kita kepada Yang Maha Menjaga atas segala rahmat dan nikmatnya kepada sekalian makhluk..Selawat dan salam buat Si Dia yang ku mendamba ketemukannya Muhammad S.A.W serta seluruh para keluarga dan sahabat Baginda...

Inginlah saya berkongsi dengan para mahasiswi sekalian di sini tentang isu keselamatan di Bumi Mesir ini yang kian terancam terutamanya buat mahasiswi...Tidaklah saya untuk menghuraikan tentang kes-kes yang pernah berlaku, tetapi sekadar ingin memberi beberapa peringatan dan tips-tips keselamatan kepada saudara/i sekalian terutamanya akhawat...

Kita datang ke Mesir ini adalah untuk menimba ilmu, pengalaman, dan kemahiran, tetapi muta'akhir ini keadaan seolah-olah begitu sukar dan menyulitkan dengan perbuatan-perbuatan yang kurang menyenangkan dari masyarakat yang tidak bertanggungjawab..Cumanya, apakah kita harus menyalahkan mereka 100%.???? Ya...tidak disanggah lagi mereka bersalah atas perbuatan-perbuatan sebegitu, tetapi yang paling penting bagi kita yang diklasifikasikan sebagai "mangsa" ini ialah mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati..Inilah yang akan membantu kita untuk terus selamat dan meningkatkan kemahiran kita dalam meneruskan kehidupan...

Tidaklah saya untuk berceloteh panjang..Di sini akan saya sebutkan sedikit sebanyak tips-tips keselamatan yang telah saya olah terutamanya buat mahasiswi sekalian...

  • Keluar di siang hari mestilah tidak berseorangan. Usahalah mencari teman, dan yang diminta untuk menemani pula, janganlah keberatan..
  • Lalui jalan-jalan atau lorong-lorong yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. cth : cerah, ramai orang, biasa dilalui, tidak tersorok..
  • Keluar di malam hari mestilah berkumpulan, paling kurang tiga orang..Pastikan ada "musyrif"..Bagi musyrif pula, kalau perlu mencari teman untuk membantu, adalah lebih baik dan selamat.
  • Jangan keluar atau pulang terlalu lewat pada malam hari kecuali benar-benar terdesak.
  • Jangan malu atau teragak-agak untuk meminta bantuan mana-mana "ustaz" sekiranya perlu.
  • Bawa duit yang secukupnya sahaja ketika keluar, dan bawa alatan-alatan yang perlu sahaja.
  • Memakai pakaian yang menutup aurat dan jangan sekali-kali memakai pakaian yang menjolok mata atau hampir menjolok mata atau yang sewaktu dengannya.
  • Berusaha untuk menaiki kenderaan awam yang tidak berapa sesak (zahmah).
  • Tidak perlu bertandang ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa tujuan yang munasabah. cth : wonderland, city star, fun fair,dll.
  • Sekiranya ingin pergi ke sesuatu tempat yang dirasakan perlu ber"musyrif" walaupun di siang hari, maka gunakanlah perkhidmatan musyrif.
  • Sebelum keluar dari rumah atau dari mana-mana sahaja, pastikan membaca ayat-ayat pendinding dan berdoa agar Allah sentiasa menjaga kita..Dialah Sebaik-baik Penjaga.

Saya rasa cukuplah sampai di sini sahaj yang mampu saya nukilkan di ruangan ini..Sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini ( wal 'iyazubillah), terus hubungi mereka-mereka yang sepatutnya.seperti Exco BKAN atau DPM masing-masing, kawan-kawan, saudara-mara (jika ada)..Bagi mahasiswi pahang, terus hubungi Exco Hewi, atau saya sendiri terus menerus..

Sekian sahaja, baik buruk maaf dipinta..Ambil pengajaran kita bersama..Agar kita semua sentiasa bersiap siaga dan berjaga-jaga..Yang paling utama adalah doa..Kerna Allah adalah sebaik-baik penjaga...

p/s : ayat2 dan doa2 pendinding boleh rujuk dalam Al-Quran, al-ma'thurat, kitab-kitab ,atau boleh bertanya kepada sesiapa yang mengetahui..

Al-mutafakkir,

Mohd Fikri Hamzah.
Yang DiPertua BKMIP 09/10


April 27, 2010

ZIARAH MAHABBAH

KAHERAH 25 APRIL Seramai 4 orang AJKT beserta penasihat dan bersama sebahagian ahli Kaherah telah turun ke Iskandariah bagi menziarahi sepasang pasangan suami isteri iaitu us Mohd Nasrul B.Abd Samad & ust Nur Ain Abd Rahman. Ini kerana pasangan tersebut baru sahaja menerima cahaya mata yang pertama.Semoga menjadi anak yang soleh amen.

April 18, 2010

TONTO - ZAGZIG



KAHERAH 17 APRIL - BKMIP telah mengadakan jaulah AJKT kali pertama ke TONTO dan ZAGZIG. Seramai sebelas orang ajkt ikhwah termasuk dua orang penasihat. Manakala disebelah akhawat pula seramai sepuluh orang termasuk penasihat. Dua orang ajkt yang tidak dapat hadir ialah Mohd Faisal dan Tuan Muhammad Akmalhakim.

Kami bertolak pada jam 10 pagi ke destinasi pertama iaitu TONTO dan tiba disana pada jam 12 tengahari.Di sana,kami disambut oleh us Aliuddin sebagai mandub. Majlis bermula jam 1.30 tengahari, antara agenda yang dibawa ialah :
1) Sesi Taaruf Ajkt dan sedikit gerak kerja
2) Slot bersama TYDP mengenai program - program yang akan dijalankan pada fasa dua
3) Sesi soal jawab bersama ahli
4) Ucapan penangguhan dari YDP
5) Tayangan slide show

Kemudian jam 4.30 petang kami bertolak ke destinasi yang terkahir iaitu ZAGZIG.Perjalanan dari Tonto ke Zagzig mengambil masa selama 1jam 30 minit. Setibanya kami disana, kami disambut baik oleh mandub Zagzig iaitu us Azwan Hafis. Tepat jam 6.15 majlis bermula dan berakhir pada jam 7.30 malam. Agenda yang dibawa sama seperti di Tonto. Jam 7.45 malam kami bertolak pulang ke Kaherah.

Kami berharap agar jaulah pada kali ini dapat meribat tautan ukhuwwah antara ajkt dan ahli.

March 9, 2010

KUNJUNGAN HORMAT KE MARKAZ HEWI PMRAM


Pada 8.3.10 Hewi Bkmip telah mengadakan kunjungan hormat ke Markaz Hewi Pmram di Hayyu Sabie'. Kunjungan yang bertemakan "Satu Hati" adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua hala. Bermula dengan sesi taaruf diakhiri dengan sesi perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seramai 8 orang Hewi Pmram telah bersama-sama dengan kami. Akhirnya segala keputusan dan penyelesaian telah disepakati. Kunjungan kali ini bukanlah sebagai satu pengakhiran malah satu titik permulaan bagi meribat ukhuwwah sesama pimpinan.